Laman Utama Laman Utama

Soalan Lazim Soalan Lazim

Apakah KESEDAR?

  • Agensi pembangunan wilayah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar  Dan Wilayah Malaysia. KESEDAR ditubuhkan pada 1 Mei 1978 di bawah Akta 203, Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978. Kawasan KESEDAR adalah meliputi keseluruhan Kelantan Selatan iaitu kawasan jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

 

Apakah peranan dan bidang tugas KESEDAR?

  • Berdasarkan Seksyen 4(1) Akta 203, peranan dan bidang tugas KESEDAR adalah :

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam wilayah Kelantan Selatan

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam wilayah Kelantan Selatan

  • Mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut dalam wilayah Kelantan Selatan.

 

Apakah program-program utama KESEDAR?

  • Ada 8 program utama yang dikenali sebagai Program Pembangunan KESEDAR. Program-program ini ialah :

  • Program Pembangunan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT)

  • Program Pembangunan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT)

  • Program Pembangunan Bandar dan Pusat Pertumbuhan

  • Program Pembangunan Manusia

  • Program Pembangunan Kampung Tradisional

  • Program Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan

  • Program Pembangunan Pelancongan

  • Program Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam

 

Siapakah mereka yang memimpin dan menguruskan KESEDAR?

  • Pengerusi KESEDAR : Dato' Ramzi b. Ab. Rahman

  • Pengurus Besar KESEDAR : Tn. Hj. Mohd. Arshad bin Ismail

  • Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) :Tuan Haji Fazam bin Mat Lazim

  • Timbalan Pengurusan Besar (Pembangunan) : Tuan Hj Ramli bin Mat Zain

 

Apakah program-program KESEDAR ke arah membangun dan memajukan bidang keusahawanan di Kelantan Selatan?

KESEDAR amat komited untuk membangun dan memajukan bidang keusahawanan supaya ekonomi di kawasan Kelantan Selatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai memenuhi sasaran dalam merancakkan bidang ekonomi, beberapa program dilaksanakan antaranya :

  • Program Pendidikan Keusahawanan

  • Program Promosi Produk Keluaran Luar Bandar

  • Program Infra Industri

  • Program Bantuan Pembiayaan

  • Khidmat Nasihat dan Konsultansi

     

 

Halaman: 1  2