Kempen Penggunaan E-Dompet (E-Wallet)

Sejak virus COVID-19 melanda negara dan menular sebagai wabak pandemik, masyarakat lebih banyak melakukan transaksi atas talian untuk membeli belah, urusan perbankan, pengurusan mesyuarat agensi, membayar bil utiliti, sesi pembelajaran dan pelbagai lagi.

Selain itu, masyarakat juga mula cenderung menggunakan e-wallet iaitu salah satu inisiatif pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas. E-wallet berfungsi seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan maklumat akaun bank kita dalam satu aplikasi. Secara ringkasnya, e-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana.

3 E-Dompet Paling Popular Di Malaysia

Dengan adanya pelbagai bantuan daripada pihak kejaraan seperti e-Tunai dan e-Penjana, maka semakin ramai Malaysia yang semakin celik tentang e-dompet ini dan mula memilikinya.

Boost

  • Disokong oleh Kumpulan Axiata
  • Merupakan perintis di dalam pasaran e-dompet di Malaysia
  • Diterima oleh peniaga UnionPay QR
  • Pelbagai program yang menawarkan Hadiah dan Cashback

GrabPay

  • Disokong oleh Grab
  • Memanfaatkan ekosistem Grab seperti GrabFood, GrabRide dan perkhidmatan lain yang berkaitan
  • Usahasama dengan Maybank untuk kegunaan pelbagai platform
  • Perolehi Mata Ganjaran GrabRewards untuk setiap transaksi

Touch ‘n Go E-Wallet

  • Disokong oleh Alipay dan Touch ‘n Go
  • Mempunyai jutaan pelanggan kad Touch ‘n Go sedia ada
  • PayDirect: hubungkan kad Touch ‘n Go dan bayar tol secara terus menggunakan baki e-dompet anda di lebuhraya terpilih
  • Jaminan wang dikembalikan: bayaran balik sepenuhnya dalam masa lima hari bekerja sekiranya e-dompet anda tersalah caj

Kelebihan Penggunaan Teknologi E-Dompet

  • Perbelanjaan Direkodkan
    Anda tidak perlu risau memikirkan ke mana duit dibelanjakan kerana dengan penggunaan aplikasi ini anda boleh menjejak sejarah perbelanjaan dan transaksi yang dilakukan oleh anda menerusi aplikasi e-dompet.
  • Menjimatkan Masa
    Beratur panjang di plaza tol dan kedai boleh dielakkan dengan penggunaan aplikasi e-dompet kerana anda boleh menambah nilai secara atas talian dan tidak perlu menunggu untuk menerima duit baki di kaunter tunai. Semuanya mudah dengan aplikasi digital ini.
  • Pelbagai Diskaun
    Kebanyakkan e-dompet menawarkan pelbagai bentuk diskaun dengan tawaran pulangan tunai dan baucer daripada pelbagai syarikat pedagang. Dengan ini, anda turut dapat menjimatkan wang anda.

 

Accessibility Toolbar