Fungsi utama pejabat adalah untuk merancang, melaksana dan menyelaras projek/aktiviti dibawah program pembangunan infrastruktur, pembangunan sosial dan institusi, pembangunan rakyat termiskin, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan pembangunan ekonomi kepada penduduk.
Unit Penyelarasan Dan Maklumat
Mengumpul dan kemaskini data/ maklumat bagi setiap sektor pembangunan.
Menyedia dan menyelaras laporan projek pembangunan.
Unit Ekonomi Dan PKR
Melaksana menyelaras dan menyelia projek-projek ekonomi. Seperti bantuan pinjaman ILB/ES, TEKP,pembangunan usahawan, kursus/lawatan/bimbingan.
Melaksana, menyelaras dan menyelia projek-projek PKR seperti bina/baiki rumah, ekonomi, minda dan PPMS.
Unit Infrastruktur Dan Kontrak
Mengumpul dan menyemak maklumat perancangan projek. Seperti Ringkasan projek, anggaran kos.
Mengurus, menyelaras dan melaksanakan projek-projek fizikal seperti dokumen tawaran iklan, lawatan tapak, borang tawaran, peti tawaran, kertas penilaian, mesyuarat jawatankuasa, sebutharga, surat tawaran, pemantauan, laporan pelaksanaan projek dan perakuan bayaran.
Unit Sosial Dan Intitusi
Mengenalpasti aktiviti pembangunan sosial dan institusi.
Melaksana, menyelaras dan menyelia aktiviti pembangunan sosial dan institusi seperti keagamaan, pendidikan, kepimpinan, kemasyarakatan Sukan, budaya, persatuan/pertubuhan, jk peringkat kampong.
Melaksana, menyelaras dan menyelia pembangunan GDW.
Unit Pentadbiran Dan Kewangan
Urusan kewangan seperti pesanan tempatan/ inden, buku vot, daftar bil, bayaran/ penerimaan, elaun,panjar wang runcit, pendahuluan, belanjawan.
Urusan pentadbiran am kakitangan seperti Surat menyurat, hotel, perubatan, fail, kenderaan, aset/ inventori, perkhidmatan, kursus/ peperiksaan/ latihan.
Pejabat Operasi
Mengenalpasti keperluan pembangunan dan menilai/memperakukan permohonan projek dari masyarakat.
Membantu pejabat wilayah dalam pelaksanaan dan penyeliaan projek/ aktiviti.