Wilayah Kuala Krai membangun dengan penduduk yang maju, dengan ekonomi mampan serta menguntungkan.
Misi
Kearah melahirkan masyarakat yang sejahtera bermaruah dan berkualiti.
Objektif
Memastikan rancangan pemulihan tanah (rpt) dan kampung tradisional dilengkapi dengan infrastruktur asas dan awam yang mencukupi, pembangunan dan hasil pertanian ditingkatkan, kegiatan ekonomi dikembangkan dan seterusnya membantu masyarakatnya kearah yang lebih progresif, dinamik, berdikari dan berdaya saing.
Piagam Pelanggan
Sentiasa memberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti.
Memproses permohonan-permohonan dari kumpulan sasar dalam masa satu minggu
Memproses bayaran-bayaran dalam masa 7 hari selepas permohonan diterima.
Menjawab surat-surat dalam masa selewat-lewat dua minggu selepas penerimaan.
Melahir dan memajukan golongan usahawan tempatan dan usahawan kelas menengah.
Membasmi kemiskinan dan meninggi taraf hidup kumpulan sasar.
Meningkat pengeluaran hasil-hasil dengan kaedah teknologi terkini.
Berusaha mengadakan kemudahan fizikal dan prasarana pada tahap optimum.